Anda memerlukan bantuan? Emel kami atau guna pilihan dibawah

03-7801 8888

9 pagi hingga 5 petang (setiap hari kecuali cuti umum seluruh negara)

atau

BERITA & PROMOSI

SARINGAN COVID-19 MENGGUNAKAN PERSAMPELAN AIR LIUR KINI TERSEDIA

Posted date 2 Mac 2021

Rakyat Malaysia kini boleh memilih saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur daripada MYEG dengan kerjasama BP Healthcare. Kaedah saringan ini diluluskan kerajaan, selamat, pantas, berpatutan dan selesa, boleh dilakukan di rumah atau di tempat kerja. Sampel akan diproses di makmal BP Healthcare, dengan keputusan saringan boleh didapati seawal hari bekerja berikutnya di aplikasi mudah alih MyQR oleh MYEG. Perkhidmatan ini ditawarkan pada harga RM150/ujian, tidak termasuk caj penghantaran mengikut lokasi. Bagi pendaftaran, pelanggan boleh klik di sini bagi melakukan tempahan saringan RT-PCR berkenaan.


SAFEQ – TEMPAHAN HOTEL KUARANTIN BAGI PESAKIT COVID-19

Posted date 23 February 2021

MYEG telah melancarkan SafeQ, sebuah portal dalam talian yang menawarkan pelbagai pilihan penginapan hotel serta kemudahan yang tersedia bagi pesakit COVID-19 berisiko rendah yang ingin menjalani tempoh kuarantin wajib di hotel pilihan, bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang. Perkhidmatan ini telah diluluskan Kerajaan membolehkan pesakit COVID-19 untuk dikuarantin di hotel terpilih, berbanding menjalani kuarantin di rumah atau pusat kuarantin Kerajaan di MAEPS.

Pakej ini menyediakan 3 hidangan harian, bilik mandi peribadi & kelengkapan penjagaan diri harian secara percuma, WiFi percuma, rangkaian TV kabel/satelit, botol minuman percuma serta petugas khidmat pelanggan & pasukan perubatan khas yang sentiasa bersedia. Perkhidmatan lain yang turut disediakan seperti ujian swab COVID-19, pengangkutan ke hotel dan juga kemudahan-kemudahan lain. Tempahan boleh dilakukan di www.safeq.com.my.


[DIKEMASKINIKAN] PERKHIDMATAN DALAM TALIAN MYEG BEROPERASI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Posted date 17 March 2020

Para pelanggan yang dihormati,

Pihak MYEG ingin memaklumkan kepada pelanggan bahawa semua perkhidmatan dalam talian kami beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kecuali Kaunter Khidmat Pelanggan dan perkhidmatan pengutipan-sendiri di kaunter.

Para pelanggan boleh meneruskan transaksi bersama pihak kerajaan seperti pembaharuan permit dan insurans pekerja asing, pembaharuan cukai jalan kenderaan dan insurans kenderaan, pembayaran saman, dan pelbagai perkhidmatan yang tersedia di laman www.myeg.com.my tanpa meninggalkan premis kediaman.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami telah menetapkan pelbagai garis panduan untuk memastikan keselamatan para pekerja MYEG dengan menyediakan alat keselamatan kepada para pekerja, program bekerja dari rumah, memastikan kesemua premis-premis kami menjalani proses pembasmian kuman berjadual, serta melakukan sekatan perjalanan ke luar negara untuk para pekerja kami.

Pada waktu yang sama, pihak kami akan terus mengawasi keadaan semasa sambil mengikuti semua polisi, garis panduan dan cadangan dari pihak Kerajaan Malaysia dalam menangani isu wabak virus COVID-19.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan berkenaan servis kami, sila hubungi kami di talian 03-7801 8888 atau e-mel kami di help@myeg.com.my.

Thank you.


CARIAN SYARIKAT/PERNIAGAAN SSM MELALUI MYEG

Posted date 9 January 2020

Kerjasama di antara MYEG dan MYDATA ini untuk memberi orang ramai akses langsung ke carian syarikat rasmi dan perniagaan yang berdaftar di Malaysia dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). MYDATA telah dilantik oleh SSM sebagai Penyedia Teknologi dan Perkhidmatan. Perkhidmatan ini adalah dari sumber undang-undang yang sah dan adalah terus dari SSM. Klik disini.


SEKTOR BARU UNTUK PEMBAHARUAN PL(KS)

Tarikh Siaran 7 Oktober 2019

Kini anda boleh memperbaharui permit pekerja asing PL(KS) di bawah sektor Perlombongan dan Pengkuarian secara online melalui MYEG.


PENYELARASAN JAWATAN TUKANG MASAK KEPADA KREW RESTORAN

Tarikh Siaran 7 Oktober 2019

Pelanggan Yang Dihormati,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewujudkan jawatan baharu di bawah sub sektor restoran iaitu jawatan “Krew Restoran”dan diberi kelulusan bermula 29 Julai yang lalu. Walau bagaimanapun, bagi kelulusan sebelum 29 Julai 2019, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bersetuju supaya majikan membuat penyelarasan jawatan tukang masak kepada jawatan krew restoran bergantung keperluan semasa syarikat di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri Jabatan Imigresen Malaysia bermula pada 1 Oktober 2019 sehingga 31 Disember 2020.


PEMBAHARUAN LESEN DBKL

Kini anda boleh memperbaharui Lesen Premis, Lesen Komposit dan Lesen Papan Tanda DBKL melalui MYEG. Klik disini.


SISTEM POTONGAN GAJI ZAKAT PENDAPATAN MELALUI PORTAL MYEG

Pelanggan Yang Dihormati,
Sistem Potongan Gaji Zakat Pendapatan (e-Zakat) melalui portal MYEG merupakan inisiatif terbaru MYEG dalam menambahbaik proses pengurusan pembayaran zakat pendapatan secara bulanan oleh majikan bagi pihak kakitangan syarikat. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan proses pembayaran zakat secara potongan gaji tanpa perlu ke kaunter-kaunter zakat oleh kakitangan mahupun pihak majikan dimana proses pembayarannya boleh dilakukan secara atas talian.
Sila Klik di sini (Saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sistem Potongan Gaji Zakat Pendapatan)


PEMBERHENTIAN TRANSAKSI SLIP PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU

Pelanggan Yang Dihormati,
Kemudahan pembaharuan slip CDL telah ditamatkan perkhidmatan pada 1 Januari 2018. Kami di dalam peringkat untuk memberikan perkhidmatan pembaharuan kad LMM (Lesen Memandu Malaysia) yang dipertingkatkan dan ditambah baik kelak.


ZAKAT : ZAKAT MELAKA (ZM)

Kini anda boleh menjelaskan bayaran zakat anda ke ZAKAT MELAKA (ZM) melalui portal web kami.  


NOTIS KESELAMATAN: 'PHISHING' DAN 'MALWARE'

MYEG tidak akan meminta pelanggan untuk mendedahkan dan mengemaskini maklumat peribadi mereka melalui e-mel. Jika anda menerima sebarang e-mel yang mencurigakan, jangan membalas atau klik pada sebarang pautan. Laporkan segera di itsec@myeg.com.my atau dapatkan bantuan di talian 0378018888.  

Baca selanjutnya 
SISTEM TUKAR MILIK SUKARELA

Membantu pemindahan hak milik kenderaan (kereta) melalui atas talian dari penjual kepada pembeli secara menyeluruh dan cepat.  Klik disini.


PERKHIDMATAN TAKSIRAN DAN PEMBAYARAN ZAKAT

Taksiran dan bayaran zakat pendapatan (individu), wang simpanan, saham, KWSP, emas dan zakat perniagaan (syarikat) di portal MYEG. Semua bayaran zakat layak menerima pengecualian cukai pendapatan (rebat) individu dan syarikat untuk tahun semasa.  


Promosi

Promosi MyAssist

Promosi MyAssist

Beli insurans menerusi MYEG dan terima perkhidmatan menunda MyAssist secara percuma.

View Promo
Promosi Zakat

Promosi Zakat

Dapatkan promosi terkini daripada zakat dengan membayar zakat melalui MYEG e-Services

Lihat Promosi
MyMotor - SmartLease

Pulangan Tunai Insurans Kenderaan

Dapatkan ganjaran pulangan tunai untuk premium insurans kenderaan anda!

Lihat Promosi