MyEG | Penyedia Penyelesaian dan Perkhidmatan E-Kerajaan di Malaysia

Anda memerlukan bantuan? Emel kami atau guna pilihan dibawah

03-7801 8888

9 pagi hingga 5 petang (setiap hari kecuali cuti umum seluruh negara)

atau

BERITA & PENGUMUMAN

SARINGAN COVID-19 MENGGUNAKAN PERSAMPELAN AIR LIUR KINI TERSEDIA

Posted date 2 Mac 2021

Rakyat Malaysia kini boleh memilih saringan COVID-19 menggunakan persampelan air liur daripada MYEG dengan kerjasama BP Healthcare. Kaedah saringan ini diluluskan kerajaan, selamat, pantas, berpatutan dan selesa, boleh dilakukan di rumah atau di tempat kerja. Sampel akan diproses di makmal BP Healthcare, dengan keputusan saringan boleh didapati seawal hari bekerja berikutnya di aplikasi mudah alih MyQR oleh MYEG. Perkhidmatan ini ditawarkan pada harga RM150/ujian, tidak termasuk caj penghantaran mengikut lokasi. Bagi pendaftaran, pelanggan boleh klik di sini bagi melakukan tempahan saringan RT-PCR berkenaan.


SAFEQ – TEMPAHAN HOTEL KUARANTIN BAGI PESAKIT COVID-19

Posted date 23 February 2021

MYEG telah melancarkan SafeQ, sebuah portal dalam talian yang menawarkan pelbagai pilihan penginapan hotel serta kemudahan yang tersedia bagi pesakit COVID-19 berisiko rendah yang ingin menjalani tempoh kuarantin wajib di hotel pilihan, bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang. Perkhidmatan ini telah diluluskan Kerajaan membolehkan pesakit COVID-19 untuk dikuarantin di hotel terpilih, berbanding menjalani kuarantin di rumah atau pusat kuarantin Kerajaan di MAEPS.

Pakej ini menyediakan 3 hidangan harian, bilik mandi peribadi & kelengkapan penjagaan diri harian secara percuma, WiFi percuma, rangkaian TV kabel/satelit, botol minuman percuma serta petugas khidmat pelanggan & pasukan perubatan khas yang sentiasa bersedia. Perkhidmatan lain yang turut disediakan seperti ujian swab COVID-19, pengangkutan ke hotel dan juga kemudahan-kemudahan lain. Tempahan boleh dilakukan di www.safeq.com.my.


[DIKEMASKINIKAN] PERKHIDMATAN DALAM TALIAN MYEG BEROPERASI DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Posted date 17 March 2020

Para pelanggan yang dihormati,

Pihak MYEG ingin memaklumkan kepada pelanggan bahawa semua perkhidmatan dalam talian kami beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kecuali Kaunter Khidmat Pelanggan dan perkhidmatan pengutipan-sendiri di kaunter.

Para pelanggan boleh meneruskan transaksi bersama pihak kerajaan seperti pembaharuan permit dan insurans pekerja asing, pembaharuan cukai jalan kenderaan dan insurans kenderaan, pembayaran saman, dan pelbagai perkhidmatan yang tersedia di laman www.myeg.com.my tanpa meninggalkan premis kediaman.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak kami telah menetapkan pelbagai garis panduan untuk memastikan keselamatan para pekerja MYEG dengan menyediakan alat keselamatan kepada para pekerja, program bekerja dari rumah, memastikan kesemua premis-premis kami menjalani proses pembasmian kuman berjadual, serta melakukan sekatan perjalanan ke luar negara untuk para pekerja kami.

Pada waktu yang sama, pihak kami akan terus mengawasi keadaan semasa sambil mengikuti semua polisi, garis panduan dan cadangan dari pihak Kerajaan Malaysia dalam menangani isu wabak virus COVID-19.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan berkenaan servis kami, sila hubungi kami di talian 03-7801 8888 atau e-mel kami di help@myeg.com.my.

Thank you.


Lihat Senarai Penuh